Ahad, 21 Disember 2008

Rice Cooker Kedap Wap

Kelihatan biasa dan tiada apa yang istimewa pada periuk nasi ini. Namun, Mitsubishi Electric Corp, pengeluar periuk kedap wap NJ-XS10J, menjanjikan pengalaman baru menanak nasi.

Teknologi "Steamless IH" Mitsubishi, dilengkapi sistem penyejat dan penakung wap bina dalam. Maka ia tidak memiliki salur udara pada penutupnya bagi memastikan tiada wap, bau dan haba akan dibebaskan ketika memasak. Dengan ini tekstur, 'kemanisan', kesegaran dan keaslian rasa nasi lebih terserlah.


Anda boleh menempatkan periuk ini dimana sahaja. Tiada wap terbebas dan tidak akan mengotorkan persekitaran. Malah, wap yang terkumpul didalam bekas dalaman akan mengekalkan suhu nasi anda kekal hangat lebih lama.


Mitsubishi Electric Corp bakal melancarkan inovasi terbarunya ini pada 1 Februari 2009. Terdapat dalam dua warna menarik, red ruby dan diamond silver. Namun harga pada hari pelancaran masih belum diketahui.





IKLAN

YOTO SMART COVER


Dengan 6 ciri hebat untuk masakan yang lebih lazat,
lebih jimat tenaga dan masa.

Saksikan video kehebatannya: KLIK SINI

Anda berminat? KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan